CHEYRA & AZHAR

Wednesday, 8 May 2013

APA ITU SAHABAT SEJATI

ASSALAMUALAIKUM 

hye semua ! pasti korang semua pernah menganggap seseorang 
itu telah menjadi sahabat korang kan ? tapi korang nak tahu tak ?
apa maksud SAHABAT sebenar ? nanti cheyra tunjukkan 
"APA ITU SAHABAT"


persahabatan bertiangkan ILAHI ,pasti ia disertai KEJUJURAN dan REDHANYA,
tiada istilah KHIANAT MENGHIANATI mahupun TIKAM BELAKANG,
apatah lagi MENGATA dan MENCELA , tiada istilah DENDAM BERDENDAM dan
apa saja tindakan yang bisa MELUKAKAN HATI sahabat

Seseorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya :
"Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, 
maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut"

* JIKA ENGKAU BERBAKTI KEPADANYA, DIA AKAN 
MELINGDUNGI KAMU
*JIKA ENGKAU MERAPATKAN PERSAHABATAN DENGANNYA, DIA AKAN MEMBALAS BALIK PERSAHABATAN KAMU
*JIKA ENGKAU MEMERLUKAN PERTOLONGAN DARIPADANYA,
DIA AKAN MEMBANTU KAMU 
*JIKA ENGKAU MENGHULURKAN SESUATU KEBAIKAN KEPADANYA,
DIA AKAN MENERIMANYA DENGAN BAIK
*JIKA DIA MENDAPAT SUATU KEBAJIKAN (BANTUAN) DARIPADA KAMU,
DIA AKAN MENGHARGAI BANTUAN IKHLAS DARI KAMU
*JIKA DIA MELIHAT SESUATU YANG TIDAK BAIK DARIPADA KAMU,
DIA AKAN MENUTUPNYA
*JIKA ENGKAU MINTA BANTUAN DARIPADANYA,
DIA AKAN MENGUSAHAKANNYA
*JIKA ENGKAU BERDIAM DIRI (KERANA MALU HENDAK MEMINTA)
DIA AKAN MENANYAKAN KESUSAHAN KAMU
*JIKA DATANG SESUATU BENCANA MENINMPA DIRIMU,
DIA AKAN MERINGANKAN KESUSAHAN KAMU
*JIKA ENGKAU BERKATA KEPADANYA,
NESCAYA DIA AKAN MEMBENARKAN KAMU
*JIKA ENGKAU MERANCANG SESUATU,
NESCAYA DIA AKAN MEMBANTU KAMU
*JIKA KAMU BERDUA BERSELISIH PAHAM,NESCAYA DIA LEBIH SENANG MENGALAH UNTUK MENJAGA KEPENTINGAN SAHABAT
*DIA MEMBANTUMU MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB
SERTA MELARANG MELAKUKAN PERKARA BURUK DAN MAKSIAT
*DIA MENDORONG MENCAPAI KEJAYAAN DIDUNIA & DIAKHIRAT

SAIDINA ALI PULA ADA MENGATAKAN :

*JANGAN BERKAWAN DENGAN ORANG YANG TAMAK KERANA PADA ZAHIRNYA
IA AKAN MEMBAHAGIAKAN KAMU TETAPI HAKIKATNYA
DIA AKAN MENCELAKKAN KAMU
*JAUHI BERTEMAN DENGAN PEMBOHONG KERANA IA
BOLEH MENJADIKAN ORANG YANG DEKAT LARI DARIPADAMU DAN SEBALIKNYA
*JANGANLAH BERKAWAN DENGAN ORANG YANG BAKHIL 
KERANA IA AKAN MELUPAIMU DI WAKTU KAMU SANGAT MEMERLUKAN
*DAN JAUHILAH BERSAHABAT DENGAN ORANG YANG SUKA BERBUAT JAHAT 
KERANA IA TIDAK MALU UNTUK MENJUALMU DENGAN HARGA YANG SANGAT MURAH

Sahabat sejati bukan mudah untuk dicari , mencari sahabat sejati bagaikan mencari sebijik benih 
yang terselit di dalam semak berduri ,
Bersedialah untuk dilukai,namun jangan mengalah untuk terus mencari.
Andai sudah kau temui, sayangilah dirinya sepenuh hatimu dan
suburilah ia dengan hati yang ikhlas dalam diri agar dirimu juga menemui cinta ILLAHI

Andai dirimu menemui seorang sahabat, usahlah dirimu berpura - pura di hadapannya,
hanya kerana kamu mahu diterimanya .
Jangan biarkan dirimu diselubungi lakonan semata -mata,
kerana akhirnya dirimu tiada mampu bertahan,
kerana apa yang dizahirkan bukanlah dirimu yang sebenar

Andai dua jiwa lain bentuknya , usahlah dipaksa untuk disatukan
gusah andai adanay lain yang terluka ,
Lepaskanlah dia pergi, dan bermohonlah kepadanya agar
kamu dipertemukan dengan sahabat yang lebih baik dari sebelum ini






No comments:

Post a Comment