Kepada si gadis yang sedang hangat di alam percintaan namun tidak mengetahui status si kekasihhati ada ketikanya anda merasa curiga. Oleh itu janganlah risau kerana beberapa ciri-ciri di bawah mungkin boleh membantu anda mengenal pasti status sebenar pasangan anda tanpa perlu memaksanya untuk berkata benar. Seeloknya anda lebih berhati-hati dan jangan tersalah langkah kerana kelak diri sendiri yang kecewa
1). Jarang keluar dengan teman wanitanya dihujung minggu kecuali isterinya outstation.
2). Terlalu banyak berahsia sehingga ada waktunya tidak kena pada tempatnya.
3). Penuh kepura-puraan dimana hatinya tidak sepenuhnya untuk teman wanitanya lebih-lebih lagi apabila berada di tempat awam, jika diperhatikan dia sibuk memerhatikan keadaan sekeliling.
4). Mengelak dari berbicara tentang topik-topik tertentu seperti percutian, keluarga dan rencana masa depan.
5). Setiap kali untuk berhubung dengan dia melalui telefon mesti mengundang sedikit masalah. Kebiasannya meletakkan syarat bahawa teman wanitanya hanya boleh menghubunginya pada waktu tertentu atau dia sahaja yang membuat panggilan.
6). Pelbagai alasan cuba diberikan seperti sedang bermesyuarat, tidak mahu diganggu sewaktu bekerja dan pelbagai alasan lain hingga adakalanya kedengaran tidak masuk akal.
7). Berusaha menepis perlawaan daripada melawat tempat tertentu. Gemar memberikan alasan tidak masuk akal untuk segera beredar dari tempat tersebut. Ini kerana isterinya gemar membeli belah di tempat tersebut atau anaknya gemar melepak di situ.
No comments:
Post a Comment