Update di kala hujung minggu begini memang banyak masa berfikir. Baru saja pulang daripada makan tengah hari dengan housemate. Oh alangkah indahnya setiap hujung minggu begini. Penuh dengan kerehatan minda dan fizikal. Namun sememangnya masih banyak menanti untuk difikirkan.
Sewaktu makan, berbual-bual dengan dia. (Eh, tak sopannya makan sambil bercakap) Jangan tiru gaya ini. Nanti tercekik susah pulak. Ok, masa makan kami bincang satu topik. Yah, menarik juga untuk saya bincang kan disini. Seperti tajuk entri saya kali ini. Fahami anak sulung, ingin saya state di sini mungkin tidak semua yang mengalami masalah ini , tetapi mungkin sesetengah daripada anda mengalami nya. Lets check it out! :)
Firstly, dia kata kakak sulung seringkali merungut dan membebel bila dia mengadukan perihal masalah hidupnya. Kakak sulung seakan tidak memahami perasaan nya dan dia anggap tidak membantu langsung jika memberi nasihat
- Memang lah, sebagai anak sulung , segalanya kita yang lalui dahulu. Terlalu berpengalaman sebelum adik-adiknya mengalami. Saya juga selalu merungut -rungut bila memberi pertolongan kepada adik-adik. Tetapi bukan bermakna sebagai anak sulung kami mengabaikan tanggungjawab kami dan tidak menyayangi adik-adik. Tidak sama sekali. Kami mahu mereka berusaha sama seperti kita, berdikari itu penting dan tidak terlalu bergantung kepada kita. Fahami lah adik-adik ku yang kakak masih sayang anda
Secondly, adik-adik sering jealous bila kakak atau abang sulung sentiasa mendapatkan yang baru manakala mereka selalu menggunakan barang-barang yang telah digunakan kakak dan abang.
- Bukan niat kami mendapat kan yang baru. Sememangnya jika kami tidak mendapat kan yang baru dari mana lagi boleh kami perolehi. Sebenarnya ingat lah bahawa kami menggunakan yang baru untuk mencuba memberi keselesaan yang lebih kepada adik-adik. Sebagai contoh , bila sesuatu barang yang di beli ibu bapa itu di beri pada anak yang sulung dan barang itu tidak sesuai digunakan. Pasti anak yang seterusnya, ibu bapa akan berikan yang lebih baik daripada yang lama. Mengambil risiko untuk keselesaan adik-adik
Ibu bapa terlalu sayangkan kakak dan abang yang sulung dan adik-adik semestinya selalu cemburu dan kadang-kadang dingin kerana mengambil hati.
- Oh, anak sulung tidak diminta untuk di manja. Mungkin anak sulung permata hati pertama ibu bapa dan mungkin kerana itu mereka nampak sedikit istimewa. Tapi jika dilihat biasanya anak sulung ini lah menjadi contoh dan tauladan pada adik-adik dan semestinya dia lah yang akan membantu ahli keluarga terlebih dahulu. Siapa yang tak sayangkan mereka kan? Mereka lakukan segala yang terbaik untuk keluarga dan bukan perlukan perhatian untuk membuat adik - beradik cemburu. Percayalah anak sulung sentiasa memikirkan orang lain terlebih dahulu.
Anak yang sulung sentiasa menghalang adik-adik melakukan itu dan ini, padahal mereka kadang-kadang melakukan yang dilarang nya.
- Sudah semestinya mereka melarang kerana mereka sayangkan adik-adik mereka lebih daripada menyayangi diri sendiri. Adik-adik umpama permata mereka bukan. Anak sulung merupakan pengganti selepas ibu bapa. Walaupun adik-adik tidak dapat menghormati mereka seperti menghormati ibu - bapa tetapi hormati lah mereka sebagai seorang yang lebih berpengalaman kerana kakak atau abang mahukan yang terbaik untuk adik-adik mereka.
Kan, walaupun kakak atau abang sulung anda tidak pernah menunjukkan rasa sayang mereka dengan perkataan "Sayang" mahupun tidak pernah menegur dan mendidik dengan cara berhemah. Percayalah, dalam diri mereka tersimpan rasa kasih dan sayang itu. Rasa ambil berat dan prihatin mereka :)
p/s: dari view saya sebagai anak sulung :) hargai kakak dan abang sulung anda selagi mereka masih ada
No comments:
Post a Comment